Posts

Showing posts from September, 2019

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

Image
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR      Setiap proses pembelajaran bertujuan untuk mendapatkan ilmu yang dicari untuk pelbagai kegunaan sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan. Proses pembelajaran yang tidak efektif akan menyebabkan pembaziran masa dan kualiti pembelajaran. Dengan itu, kemahiran belajar perlu diterapkan supaya proses pembelajaran mencapai tujuan dan hasil yang berkualiti. Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.          Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan keberkesanan belajar. Menurut Harold Pashler (2009) dalam buku  learning styles: concepts and evidence  berpendapat bahawa kemahiran belajar  ...

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG

Image
Assalamualaikum rakan rakan...... Pada hari ini saya akan berkongsi ilmu pengetahuan saya terhadap rakan rakan berkaitan dengan persekitaran pembelajaran yang kita lalui di IPG. Baiklah sebelum saya terus ke tajuk kita pada hari ini,terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit sebanyak berkaitan dengan IPG. IPG iaitu singkatan kepada Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru.Bakal-bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Khusus Dalam Cuti (KDC), Khusus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Khusus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Persekitaran dan budaya di IPG adalah jauh berbeza berbanding dengan persekitaran pembelajaran di alam sekolah mahupun di Institut Pengajian Awam.Persekitaran di IPG adalah suatu jenama dalam melahirkan guru-guru yang dapat mengamalkan dimensi budaya sep...

Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self-Regulated Reading)

Image
Pembelajaran Regulasi Kendiri ( Self-Regulated Reading) DEFINISI: Proses pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran, memilih alat bantu belajar dan menggunakannya dalam pembelajaran. Tujuan-tujuan pelajar perlu SRL : Meningkatkan pencapaian dalam akademik. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Meningkatkan dan memperluas pemahaman dan ilmu pengetahuan. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Memupuk sikap terpuji dan keterampilan diri sendiri. Menilai halangan yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang diperlukan. Memupuk sikap berdikari dalam diri pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran secara elektif. Menurut Zimmerman (2000), terdapat tiga fasa yang menentukan kemampuan dalam proses pembelajaran regulasi kendiri. Antaranya: a) Fasa pemikiran ( Forethought Phase) ▣ Para pelajar menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai kejayaan dan mempunyai motivasi bagi mema...