Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self-Regulated Reading)

Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self-Regulated Reading)



DEFINISI: Proses pembelajaran yang mendorong para pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran, memilih alat bantu belajar dan menggunakannya dalam pembelajaran.


Tujuan-tujuan pelajar perlu SRL :

  • Meningkatkan pencapaian dalam akademik.
  • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Meningkatkan dan memperluas pemahaman dan ilmu pengetahuan.
  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Memupuk sikap terpuji dan keterampilan diri sendiri.
  • Menilai halangan yang mungkin wujud dan melakukan tindakan yang diperlukan.
  • Memupuk sikap berdikari dalam diri pelajar agar dapat mencapai hasil pembelajaran secara elektif.
Menurut Zimmerman (2000), terdapat tiga fasa yang menentukan kemampuan dalam proses pembelajaran regulasi kendiri. Antaranya:

a) Fasa pemikiran (Forethought Phase)
▣ Para pelajar menganalisis tugas, menetapkan matlamat, merancang cara untuk mencapai kejayaan dan mempunyai motivasi bagi memacu proses dan mempengaruhi strategi pembelajaran.

🔻
b) Fasa Pelaksanaan (Performance Phase)
▣ Fasa ini merujuk kepada pelaksanaan tugas yang dirancang oleh para pelajar, emantau perkembangannya serta menggunakan beberapa startegi kawalan diri secara kognitif dan bermotivasi menyelesaikan tugas.

🔻

c) Fasa Refleksi Kendiri (Self-Reflection Phase)
▣ Pada fasa ini, pelajar melakukan penilaian terhadap orestasi mereka ke arah matlamat akhir. Mereka membuat penilaian terhadap pelaksanaan, kejayaan atau kegagalan tigsan mereka. Penilaian ini akan menimbulkan reaksi dalam diri mereka yang akan memberikan sama ada kesan positif atau negatif dalam diri pelajar semasa menyelesaikan tugasan diberi.







Pembelajaran regulasi kendiri ini mempunyai 3 fasa pembelajaran yang berbeza iaitu:

1. Semasa pembelajaran awal
2. Ketika mengalami masalah yang dihadapi semasa pembelajaran
3. Ketika mengajar orang lain (Palinscar & Brown,2009)

Kesimpulannya, terdapat 7 elemen dalam proses pembelajaran regulasi kendiri iaitu:





Motivasi kendiri ini perlulah atas kehendak diri sendiri bukannya daripada pengaruh luaran seperti ganjaran dan peneguhan. Dengan adanya keyakinan kendiri (self-efficacy) yang tingg, pelajar akan mempunyai motivasi ini berhubung dengan kebolehan mereka dalam menyelesaian tugasan pembelajaran dengan baik.







◐ Pelajar merancang untuk mengatur masa mereka dengan baik untuk melakukan tugas pembelajaran. Pelajar regulasi kendiri akan merancang awak apa yang perlu dibuat dan menggunakan masa mereka dengan sebetulnya untuk mencapai objektif mereka.







◐ Pengawalan dalam pembelajaran regulasi kendiri ini merujuk kepada tumpuan yang sepenuhnya atau maksimum terhadapa tugasan pembelajaran. Para pelajar cuba untuk memberikan fokus terhadap isi pelajaran dan berusaha untuk terus menumpukan perhatian.







◐ Pelajar memilih dan merangka strategi pembelajaran untuk memproses bahan yang dipelajari. Startegi belajar ini bergantung kepada maklumat khusus yang ingin dicapai.


◐ Pelajar mengenal pasti tentang pengakhiran tugasa yang perlu diselesaikan apabila mereka belajar atau membaca. Mereka sama ada akan mencari dan mempelajari fakta dengan lebih spesifik atau mendapatkan pemahaman keseluruhan idea yang diperoleh.


◐ Pemantauan kendiri dilakukan dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada perkembangan yang berlaku telah mencapai objektif atau tidak. Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa menyemak perkembangan mereka semasa proses pembelajaran dan memodifikasi objektif mereka jika perlu.







◐ Pada elemen ini, pelajar menilai hasil terakhir daripada usaha sendiri. Mereka akan menentukan sama ada apa penambahan yang perlu dipelajari untuk mencukupi objektif yang ditetapkan.


Rumusan Artikel :

Pembelajaran Regulasi Kendiri 
Oleh: Nur Masyithah binti Azmi

Pembelajaran Regulasi Kendiri didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran, memilih alat bantu mereka sendiri dan menggunakan dalam pembelajarannya. Maksudnya, pembelajaran ini memfokuskan kepada pelajar dalam membina keyakinan diri dalam pembelajaran di mana pelajar membuat penilaian terhadap diri sendiri di atas usaha yang dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara.

Secara tidak langsung, pembelajaran regulasi kendiri ini mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik kerana mereka telah menetapkan strategi dan objektif pembelajaran agar memperoleh persediaan serta pengetahuan yang secukupnya dalam proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, akhlak yang terpuji seperti berdikari dan menghargai masa dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar supaya dapat membantu mereka mencapai hasil pembelajaran yang lebih produktif.

Selain itu, terdapat juga tiga fasa yang boleh mewujudkan keberkesanan dalam proses pembelajaran kendiri iaitu fasa pemikiran, fasa pelaksanaan dan fasa refleksi kendiri. Fasa-fasa ini amat signifikan untuk melahirkan pelajar yang melakukan tugasannya dengan lebih sistematik dan efisien kerana mereka semestinya mempunyai banyak bebanan tugasan yang perlu diselesaikan. Dengan itu, ketiga-tiga fasa ini pasti memberikan hasil akhir yang sempurna.

    Pelajar pembelajaran regulasi kendiri sentiasa maju ke hadapan dalam pembelajaran kerana mereka sentiasa mengaplikasikan elemen-elemen dalam proses pembelajaran regulasi kendiri. Antara elemen-elemen tersebut ialah:


      Oleh itu, dengan adanya elemen-elemen pembelajaran kendiri, maka pelajar dapat mengenal pasti masalah atau dapat memantau perkembangan diri dalam pembelajaran dari semasa ke semasa kerana mereka telah melakukan refleksi diri.

Rumusannya, pembelajaran regulasi kendiri dapat membantu pelajar mengkaji pendekatan pembelajaran tidak kira di mana sahaja serta menambahkan kemahiran dalam mengendalikan pembelajaran kendiri dan seterusnya mampu mengawal sendiri tindakan mereka terhadap matlamat pembelajaran.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR