PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG

Assalamualaikum rakan rakan......

Pada hari ini saya akan berkongsi ilmu pengetahuan saya terhadap rakan rakan berkaitan dengan persekitaran pembelajaran yang kita lalui di IPG.
Baiklah sebelum saya terus ke tajuk kita pada hari ini,terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit sebanyak berkaitan dengan IPG.

IPG iaitu singkatan kepada Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru.Bakal-bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Khusus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Khusus Dalam Cuti (KDC), Khusus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG) dan Khusus Pendek Kelolaan Institut (KPKI).

Persekitaran dan budaya di IPG adalah jauh berbeza berbanding dengan persekitaran pembelajaran di alam sekolah mahupun di Institut Pengajian Awam.Persekitaran di IPG adalah suatu jenama dalam melahirkan guru-guru yang dapat mengamalkan dimensi budaya seperti yang berikut:

1.BUDAYA ILMU

  • Pembelajaran sepanjang hayat.
  • Berilmu pengetahuan yang luas,mendalam dan terkini (syumul).
  • Menguasai,mengamal,menghayati, dan berkongsi ilmu.
  • Menjana.mencetus,mengembang dan menyumbang ilmu.
  • Mengamalkan penyelidikan
2.BUDAYA KEPIMPINAN



  • Kebolehan membuat keputusan.
  • Pemikiran yang reflektif
  • Berupaya menyelesaikan masalah
  • Mampu mengelola sesuatu program 
  • Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
  • Kesetiaan kepada organisasi
  • Menitikberatkan kerja sepasukandalam menjayakan aktiviti organisasi
3.BUDAYA BERAKHLAK DAN BERMORAL
  • Salam
  • Senyum
  • Sapa
  • Bersyukur
  • Mematuhi etika
4.BUDAYA PENYAYANG

  • Keprihatinan sesama warga IPG
  • Sayang diri,keluarga dan masyarakat
  • Sayang akan profesion
  • Sayang akan alam sekitar
  • Kematangan emosi
  • Persekitaran yang mesra
  • Keterbukaan minda,positif,matang dan rasional
5.BUDAYA ESTETIKA



  • Kehalusan budi
  • Keunggulan peribadi
  • Kesempurnaan kerja
  • Keindahan kebudayaan dan bangsa
  • Keindahan persekitaran
Ini adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di IPG.Budaya budaya ini dapat dipupuk dengan kerjasama daripada warga IPG bagi menjadikan tempat yang kita belajar lebih kondusif dan selesa.


Saya telah melakukan beberapa kajian terhadap guru pelatih di IPGKTAA berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di IPG.Antaranya ialah;

1) Persekitaran yang lebih kepada persekolahan tetapi yang bezanya ketika pensyarah memberi tugasan kerana guru pelatih perlu mencari sepenuhnya bahan-bahan tugasan tersebut.
-Tuan Nabila Hanim Binti Tuan Rahim (PPISMP PAI 1)

2)Budaya yang diterapkan disini sangat memberangsangkan walaupun disini berbilang bangsa kerana budaya yang diamalkan itu mengeratkan hubungan sesama kaum.
-Nurul Syafiqah Binti Mohd Yusof (PISMP BNK SEM 3)

3)Walaupun saya baru hampir 4 bulan di IPGKTAA ini bagi saya pembelajaran dan persekitaran disini sangat sistematik kerana kedudukan kawasan yang dekat. Ini memudahkan pelajar untuk ke kawasan yang dituju serta sikap hormat-menghormati yang ditonjolkan oleh semua pelajar IPGKTAA menunjukkan kepada saya bahawa budaya yang baik itu akan memberikan keharmonian kepada seluruh warga IPG.
-Nurul Aini Binti Zaini (PPISMP BM 6)



PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPGKTAA
OLEH:NUR NILAM SARI BINTI ZAMBROS

Setiap daripada kita pasti dipengaruhi oleh persekitaran apabila belajar di sesuatu tempat. Persekitaran merupakan faktor utama yang dapat mengubah cara pembelajaran seseorang. Itu lah yang akan saya kupas dan bentangkan berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di sekitar Institusi Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Sedia kita maklum bahawa hampir setiap IPG pasti mengamalkan beberapa budaya yang diterapkan kepada guru pelatih bagi memastikan mereka dapat menjadi guru yang beretika dan bersopan-santun. Begitu juga dengan budaya di IPGKTAA yang telah dijadikan suatu tradisi yang perlu diikut oleh setiap guru pelatih mahupun pensyarah.

Antara budaya yang akan saya ketengahkan adalah budaya berakhlak mulia. Di IPGKTAA budaya ini adalah budaya yang sinonim dengan guru pelatih kerana budaya inilah yang diamalkan oleh warga IPG. Contoh amalan yang sering dilakukan adalah budaya 3S iaitu salam, senyum dan sapa. Amalan ini merupakan satu titik permulaan untuk mengeratkan hubungan antara guru pelatih dan pensyarah serta tidak dilupakan juga warga IPGKTAA termasuklah semua staf dan kakitangan IPG. Budaya seperti ini dapat mewujudkan nilai-nilai yang murni kerana dengan amalan 3S ini semua warga IPG akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira darjat atau pangkat. Melalui amalan ini secara tidak langsung ukhwah ikatan persaudaraan akan terjalin dengan erat tanpa mengira warna kulit mahupun kaum. Di IPGKTAA ini merupakan satu IPG yang istimewa kerana mempunyai pelbagai jenis kaum yang saling menghormati antara satu sama lain.

Selain itu, saya juga telah melakukan beberapa penyelidikan berkaitan dengan persekitaran pembelajaran di sekitar IPGKTAA dengan bertanyakan kepada beberapa guru pelatih disini. Majoriti daripada mereka mengatakan persekitaran pembelajaran disini amat memberangsangkan kerana adanya budaya-budaya seperti ini. Hal ini kerana mereka menyedari bahawa masa yang mereka ada disini sangat berharga dan perlu dimanfaatkan dengan mencari ilmu pengetahuan. Seterusnya saya juga telah memerhatikan cara persekitaran pembelajaran yang dilakukan oleh rakan-rakan kelas saya yang mana mereka serta diri saya kurang memberi perhatian apabila menjelang kelas pada waktu petang. Hal ini kerana suasana kedudukan kelas kami yang kurang kondusif serta badan yang kurang bertenaga pada waktu petang menyebabkan kami kurang fokus apabila pensyarah memberi maklumat.

Kesimpulannya, budaya ini perlu diterapkan dan diamalkan bagi menjamin keharmonian serta kesejahteraan kepada seluruh warga IPGKTAA. Amalan-amalan seperti ini merupakan satu langkah alternatif bagi guru pelatih mempraktikkan sebelum mereka dihantar bertugas di sesebuah sekolah. 

Sekian, terima kasih.




























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pembelajaran Regulasi Kendiri (Self-Regulated Reading)

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR