KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
Setiap proses pembelajaran bertujuan untuk mendapatkan ilmu yang dicari untuk pelbagai kegunaan sama ada pada masa kini atau pada masa hadapan. Proses pembelajaran yang tidak efektif akan menyebabkan pembaziran masa dan kualiti pembelajaran. Dengan itu, kemahiran belajar perlu diterapkan supaya proses pembelajaran mencapai tujuan dan hasil yang berkualiti. Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan, kecekapan atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.
Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum, dan kaedah tertentu yang mampu melipatgandakan keberkesanan belajar. Menurut Harold Pashler (2009) dalam buku learning styles: concepts and evidence berpendapat bahawa kemahiran belajar bermaksud cara yang paling efektif bagi pelajar belajar. Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang tertentu. Kemahiran Belajar juga ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat.
Kemahiran belajar termasuk :
💨 Kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
💨 Kemahiran memproses maklumat
💨 Kemahiran menyampaikan maklumat
Pada abad ke 21, kemahiran belajar disebut sebagai 4C iaitu :
💨 Pemikiran kritis (crictice)
💨 Pemikiran kreatif (creative)
💨 Kemahiran berkomunikasi (communication)
💨 Kemahiran berkolaborisasi (collaboration)
KONSEP
KEMAHIRAN BELAJAR
Oleh: Muhammad Akmal
Pada zaman dahulu lagi sehinggalah zaman sekarang, setiap daripada insan
yang dilahirkan di dunia ini pasti akan diberikan pendidikan sama ada secara
formal atau tidak formal. Contoh bagi pendidikan formal ialah pembelajaran di
sekolah atau universiti manakala contoh bagi pendidikan yang tidak formal ialah
pembelajaran yang berlaku di dalam rumah seperti ibu atau bapa yang mengajar
anaknya cara untuk berkomunikasi atau berjalan. Perkara yang membezakan setiap
insan dalam pembelajaran ialah kualiti pembelajaran mereka dan cara
pembelajaran mereka. Tetapi tidak semua yang melalui proses pembelajaran dapat
mengaplikasikannya didalam kehidupan sepenuhnya.
Sebahagian manusia tidak menerapkan kemahiran belajar ketika proses
pembelajaran mengakibatkan mereka sukar untuk mengaplikasikannya dan
menggunakannya didalam kehidupan. Oleh itu, setiap insan hendaklah menerapkan
kemahiran belajar iaitu teknik, cara, prinsip dan kaedah yang digunakan untuk
mencapai tujuan dan hasil yang berkualiti. Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai
keupayaan, kecekapan atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar
untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri
dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Proses pembelajaran
yang tidak efektif akan menyebabkan pembaziran masa dan kualiti pembelajaran.
Sedia kita tahu bahawa cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu
kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar.
Setelah melakukan kajian, saya dapati terdapat empat pendapat tentang
konsep kemahiran belajar iaitu menghafal, membuat latihan, mendapatkan maklumat
dan membuat rujukan. Dengan menggabungkan kesemua kaedah tersebut, hasil
pembelajaran akan lebih berkualiti. Sesetengah proses pembelajaran hanya
memerlukan seseorang untuk menghafal manakala terdapat juga proses pembelajaran
yang memerlukan seseorang untuk melakukan latihan. Proses menghafal ialah
mengingati sesuatu maklumat tanpa perlu merujuk kepada sesuatu bahan dan
kebiasaannya sering digunakan oleh pelajar yang akan menghadapi peperiksaan.
Proses melatih tubi atau membuat latihan pula ialah proses merumus dan membuat
membuat kesimpulan untuk memahirkan diri didalam sesuatu perkara.
Terdapat pelbagai kelebihan jika kemahiran belajar ini diterapkan
didalam proses pembelajaran antaranya ialah sesuatu ilmu itu dapat
diaplikasikan didalam kehidupan dengan cara yang betul. Selain itu, sesuatu
maklumat itu juga dapat kekal didalam ingatan pada jangka masa yang panjang
jika proses penghafalannya dilakukan dengan kaedah yang betul. Seterusnya, memupuk
minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek
sepanjang hayat. Disamping itu, ia dapat melatih pelajar mengumpul maklumat
dengan cekap serta melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan.
Kemahiran belajar ini dapat diterapkan didalam kehidupan seharian sama ada di
sekolah atau di luar sekolah. Pelajar juga akan memahami sesuatu maklumat
dengan lebih mendalam jika kaedah yang betul digunakan dalam proses
pembelajaran. Oleh itu, perkara ini dapat menghasilkan output yang berkualiti.
Kesimpulannya, setiap proses pembelajaran hendaklah diterapkan kemahiran
belajar supaya tidak berlaku sebarang pembaziran tenaga dan masa. Oleh itu,
adalah satu keperluan bagi setiap insan untuk mengenal pasti kaedah
pembelajaran yang efektif terhadap diri mereka supaya berlakunya proses pembelajaran
yang sistematik dan berkualiti.
Comments
Post a Comment